Rabu, 14 Julai 2010

Gambar Fesyen Siti Nurhaliza di Anugerah MACP 2008


Barangkali, Datin Seri Siti Nurhaliza mahu digelar ‘Diva Pastel’. Nampaknya begitulah, diva tersohor ini begitu suka dengan warna lembut. Sebelum ini, ketika di Konsert Setiakawan 2, Siti Nurhaliza menggayakan busana Michael Ong yang juga berwarna pastel. Untuk Anugerah MACP, Siti kembali dengan ronanya yang hampir sama. Warna yang terang biasanya dipakai untuk anugerah yang gah. Contohnya warna hijau di Anugerah Era dan warna biru dan merah di Anugerah Bintang Popular.

Tapi ada peminat yang masih cakap, ada yang tak kena dengan busana rekaan Michael Ong ini… Uh… malaslah Budiey nak komen banyak-banyak. Budiey sekadar ingin meletakkan gambar dan berkongsi dengan semua peminat Siti Nurhaliza di luar sana.

Oh ya, untuk Anugerah Planet Muzik hari ini, macamana pula penampilan fesyen Datuk Siti Nurhaliza? Tunggulah gambarnya itupun kalau Siti Nurhaliza hadir di APM malam ini. Untuk pembaca yang join APM, kita jumpa di sana ya!

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More