This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Selasa, 20 Julai 2010

Menghilangkan Bintik Hitam Pada Muka

1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu
tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah
kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka.
Lakukan dua kali seminggu.

2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air.
Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan
muka dengan menggunakan air suam.

3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng
tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali
seminggu.

Jumaat, 16 Julai 2010

Resepi Ayam Goreng Gajus











Bahan-bahan:

100 gram margarine
200 gram daging ayam dipotong dadu
100 gram gajus
4 keping cendawan kering
1 tangkai lada hijau - dihiris
2 tangkai lada merah - dihiris
100 gram rebung dihiris panjang
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu teh kicap cair
1 sudu tepung jagung
2 hiris halia - potong nipis
Garam secukup rasa


Cara penyediaan:

Rendam cendawan hingga lembut dan potong 4 segi kecil.

Panaskan margarine dan goreng gajus hingga kekuningan.

Satukan tepung jagung, kicap, halia bersama ayam.

Panaskan 2 sudu margarine dan tumis bawang putih hingga perang. Masukkan bawang besar, ayam, rebung, kacau dan biarkan selama 2 minit.

Masukkan baki perencah yang digaul bersama ayam tadi diikuti 3 camca besar air dan gaul rata. Rasakan dan tambah garam jika perlu.

Sudah masak, taburkan gajus dan cili. Gaul sebentar dan angkat unruk disajikan.

Resepi Kerutub Ayam











Bahan-bahan:

1 ekor ayam - bersihkan, buang kulit & potong kecil
2 sudu makan rempah kari - bancuh dengan sedikit air
2 sudu makan rempah kurma - bancuh dengan sedikit air
2 cawan santan
1 sudu makan gula merah
1 sudu makan kerisik
3 sudu makan minyak untuk menumis

bahan kisar:
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara Penyediaan:

Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga garing. Masukkan rempah dan kacau sehingga mesra.

Masukkan ayam, kerisik, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mereneh. Masak sehingga ayam menjadi lembut dan kuah menjadi pekat. Pastikan kacau sekali-sekala.

Tup api dan sedia untuk dihidangkan panas dengan nasi atau roti.

MEMILIH PASANGAN HIDUP

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "kahwin".

KENAL
*****
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.

"Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar "Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut.

Omar bertanya lagi... "Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?" Lelaki itu menjawab tidak pernah,

Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan - kawannya"

Itulah yang dinamakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya.... Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam apa juga perkara.

KELAS
*****
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan ugamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.

KUFU
*****
Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.

Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan AIsyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

KASIH
*****
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis "Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan" Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.

Rasulullah memberitahu:

"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu" Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki"

Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.

Hadis Nabi ada menyatakan

"Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan,

Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan.

Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya.

Dan barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua-duanya."

Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu / niat kita dipasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan di berkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

REDHA
*****
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya :-

"Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka"

"Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya"

Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah An Nur :ayat 26

"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"

Istilah kufu sangat ditekankan kerana jika isteri di anggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima.

Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.

Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku

Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.

Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....

"Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan.

Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua duaan kerana kedua duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.

Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq.

Maka turunlah Suruah Al Baqarah:

"Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkawin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik..."

wassalam

Kanser Payu Dara

TANDA- TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan

(2) Kanser payudara- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air

(4) Kanser paru-paru- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan

(5) Kanser perut- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit

(6) Kanser limpa- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak

(7) Kanser ovari- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam

(8) Kanser otak- sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti

(9) Kanser prostat- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan

(10) Kanser darah (leukimia)-letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi

(11) Kanser tekak- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher


10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan



TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di nagara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.
Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.


DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6, dan evening primrose oil


Bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai kanser payudara, sila lawat laman-lama yang saya sisipkan di bawah ini.

Wasalam...^o^

Firasat Mengenai Tahi Lalat Di Tubuh

Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dengan melihat tanda pada badannya. Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dengan jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu. Hanyalah sekadar menambah pengetahuan semata-mata.

Tahi Lalat Di Tubuh


bibir atas kanan banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah tercapai cita-cita
biji mata kanan suka serong dan pembohong
biji mata kiri pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri baik budi, murah rezeki
punggung kanan agak mengalami kesulitan
punggung kiri malas dan suka duduk
betis kanan suka berhibur, boros
betis kiri rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang jujur, sabar dan tekun
kening kanan cerdas dan cekap
kening kiri cerdas, sopan santun
tengah kening keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri suka berpoya-poya
ketiak kanan dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri kehendak kuat
batang hidung banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung banyak rezeki
dagu bawah kanan jujur dan baik hati
dagu bawah kiri bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) bakal beristeri 2
tumit kanan jujur dan banyak kawan
tumit kiri baik budi
alis kanan suka menolong, baik hati
alis kiri ramai yang suka
pangkal peha kanan kemahuan kuat
pangkal peha kiri suka kerja apa pun
telapak kaki kanan tak mudah mengeluh
jari kaki kanan suka menolong
jari kaki kiri berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan setia dan taat pada atasan
lengan kiri menepati janji dan rajin
pipi kanan ramai teman
tengah-tengah pipi kanan ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri ramai teman
ubun-ubun kurang jujur
pusat cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri beroleh kemuliaan
pinggang kanan sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri disayang pasangan hidup
dada kanan dapat mengatasi masalah
dada kiri berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri baik budi pekertinya
siku tangan kanan kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri baik hati, suka menolong
jari tangan kanan serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri banyak rezeki dan cermat
pergelangan tangan kanan boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri dapat berpangkat
perut bawah kanan banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah agak malas
kelopak mata kiri bawah agak bodoh, kurang bijaksana

10 CIRI-CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN KAUM PEREMPUAN...

BAIKLAH TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHARGAI, dengan tidak melengahkan masa marilah kita ikuti carta top 10 senggol-senggolan kita hari ini yang merupakan satu pengakuan istimewa kaum perempuan untuk diperhatikan dengan penuh teliti lagi berhemat oleh kaum lelaki iaitu satu pengakuan dari satu luahan rasa yang mewakili kaum Hawa tentang...


1. LELAKI YANG PRIHATIN -

Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan..

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -

Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -

Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -

Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

5. LELAKI YANG WANGI -

Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.

6. LELAKI YANG PEMURAH -

Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -

Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -

Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -

Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -

Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

ADA APA-APA PERBEZAAN??? Kalau anda tak terasa apa-apa mengikuti carta tersebut.. janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah di lali, bebal atau kebal...Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN.... bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataan kan...jadi...kita simpulkan aje carta kita ni dengan satu mutiara kata...pun..ehsan Cik Tona jugak ni...iaitu mutiara kata yang berbunyi...

"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI
SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"

Petua Rumahtangga Bahagia

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur
dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya."

RAHSIA HARI LAHIR & TABIAT WANITA MENURUT TAJUL MULUK

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dalam masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.


SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Rabu, 14 Julai 2010

PETUA KECANTIKAN SEMULAJADI

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.
Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit.Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut.Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus.
Lumurkan pada muka seberapa ketika.
Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam.
Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

Badan Ringan Dan Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam.
Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga.
Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan.
Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya
Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata
Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Menghilangkan Parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair.
Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah.
Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda.
Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering.
Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam.
Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat.
InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua
Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan
Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih.Selawat 3 kali
Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut


Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas.Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali.Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut (1)
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)
Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam.
Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat.
Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan.
Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih.
Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih.
Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya.
Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.



Mengempiskan Perut (2)
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
Embunkan semalaman.
Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Mengelak perut buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.
Minum air setelah selesai makan
Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.
Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris
Lekapkan pada kelopak mata
Pejamkan mata utk berapa ketika.
Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.
InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya.
Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur.
Perap ramuan di atas kepala selama sejam.
Lakukan 2 kali seminggu.
Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda.
Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan.
Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan.
Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.Minum dua kali sehari.
Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat.
Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.
Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk.
Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut.
Lakukan sekerap yg mungkin.Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More