Jumaat, 9 Julai 2010

Stress, Tekanan, Apakah Punca Dan Tanda-tandanya?

Dalam era kemodenan ini manusia semakin dihimpit dengan pelbagai masalah yang semakin merumitkan. Terkejar-kejar untuk memenuhi keselesaan hidup dan kemewahan. Sehingga sanggup melupakan tentang keadaan kesihatan diri sendiri.

Wah sekarang ni menulis macam pakar motivasi pula (ha3). Ok serius, serius.

Sebelum itu kamu perlu tahu, apakah definisi stress sebenarnya. Percaya atau tidak, keyword tekanan dan stress antara keyword tertinggi untuk blog ini. Jadi apa masalahnya?

Aku ambil kesimpulan mudah iaitu sememangnya pengguna internet ramai yang sedang stress!

Tanpa disedari manusia semakin menjadi tidak tenteram, semakin tidak mesra, semakin kurang bijak mengendalikan hidup sendiri, pentingkan diri sendiri, bosan dengan hidup dan macam-macam masalah yang hanya disebabkan tekanan hidup atau lebih dikenali stress!

Bagaimana ianya berlaku dan apakah puncanya!?
Ada beberapa kemungkinan besar yang menyebabkan stress boleh berlaku kepada kita. Dan jika ia tidak dapat ditangani dengan bijaksana maka akan menjadi bertambah kronik dan bisa terjadi perkara yang lebih buruk dan diluar kawalan kita.

Antara punca utama stress adalah,

1.Persekitaran – keadaan persekitaran juga sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan stress kita seperti tubuh kita tidak menerima keadaan sekeliling.
2.Gangguan – sakit mata memandang, sakit hati merasa dan apa-apa yang berlawanan dengan kehendak individu.
3.Luar Kemampuan – fikiran dan kebolehan yang terhad dan tidak suka terburu-buru untuk mengubah keadaan.
Apakah tanda-tanda tekanan atau stress!?
Sama ada anda perasan atau tidak, terdapat beberapa tanda-tanda apabila seseorang itu telah berada dalam keadaan tertekan atau stress yang agak berat.

Penting untuk kita mengetahui jika seseorang individu berada dalam keadaan stress kerana jika dikesan lebih awal dapat kita atasinya dan mengesan puncanya lebih awal.

Seseorang itu berada dalam stress yang tidak terkawal apabila,

1.Sukar membuat keputusan – kebingungan dan tidak berfikiran melalui kewarasannya.
2.Sukar mengawal emosi – boleh bertindak di luar kawalan (sangat bahaya!).
3.Penolakan pendapat – bersifat negatif.
4.Hilang kepercayaan – merasakan tiada sesiapa yang dapat membantu.
5.Tidak tenteram – tidak selesa, serba tidak kena, buat itu salah, buat ini salah.
Jika semakin dibiarkan ia bisa menjadi bertambah buruk dan boleh menyebabkan penyakit seperti darah tinggi, diabetes dan jantung.

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More